Semua masalah ini haruslah diambil berat oleh semua guru pendidikan pemulihan khas.
Keprihatinan guru terhadap masalah kanak-kanak ini mampu mengubah mereka dalam mendepani masa hadapan.
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK PEMULIHAN (KlIK DISINI)
Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan maklumat dalam dunia Pendidikan Pemulihan Khas bersama-sama rakan-rakan seperjuangan.
Friday, 2 December 2011
Thursday, 1 December 2011
Saturday, 22 October 2011
PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Penguasaan asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.
Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “Menyelesaikan Masalah Seawal Mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah.
KONSEP
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
OBJEKTIF
· Menguasai kemahiran asas.
· Menambah sikap keyakinan diri.
· Mampu berintraksi dengan masyarakat apabila tamat persekolahan rendah.
· Mencapai target “SIFAR” buta huruf.
Subscribe to:
Posts (Atom)