RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN PEMULIHAN
            Tarikh                         : 11 Januari 2010
Tahun                                    : Pemulihan
            Masa                          : 1.40 – 2.40 petang
            Bilangan Murid        : 7 orang
            Mata Pelajaran         : Pemulihan Bahasa Melayu
            Tajuk                          : Membaca suku kata KV + KV
            Objektif Pelajaran :
a.    Kumpulan Cergas
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1.    Membunyikan semua suku kata KV dengan betul apabila ditunjukkan suku kata KV.
2.    Memadankan semua suku kata dengan betul untuk membentuk perkataan apabila ditunjukkan gambar.
3.    Membaca semua perkataan KV+KV yang telah dipelajari dengan ketepatan 80% tanpa bantuan gambarajah
b.    Kumpulan Sederhana
Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:
1.    Membunyikan enam daripada sepuluh suku kata KV dengan betul apabila ditunjukkan suku kata KV.
2.    Memadankan tiga daripada empat suku kata dengan betul untuk membentuk perkataan apabila ditunjukkan gambar.
3.    Membaca tiga daripada empat perkataan KV+KV yang telah dipelajari dengan ketepatan 80% dengan bantuan gambarajah.

c.    Kumpulan Lemah
Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:
1.    Membunyikan empat daripada sepuluh suku kata dengan betul apabila ditunjukkan suku kata KV.
2.    Memilih perkataan yang mengandungi gabungan suku kata yang betul apabila ditunjukkan gambarajah dan murid perlulah menjawab sekurang-kurangnya dua daripada empat soalan dengan betul.
3.    Membaca dua daripada empat perkataan yang telah dipelajari dengan ketepatan 80% dengan bantuan gambarajah.





Kemahiran Bahasa            : mendengar dan bertutur, membaca

Tatabahasa                          : Frasa , kata nama am

Nilai Murni                            : berani, yakin diri

Kemahiran berfikir             : menjana idea  

Kecerdasan pelbagai        : verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal

Strategi                                 : berpusat murid, berasaskan bahan

Bahan Bantu Mengajar:
Carta suku kata, slaid PowerPoint, kotak ajaib, kad huruf, dan lembaran kerja.

Pengetahuan Sedia Ada :
Murid sudah mengenali huruf a-z, cara menyebutnya serta cara membunyikan huruf-huruf vokal.


Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.    Mengenal huruf k, r, a, e, i, o dan u.
2.    Membunyikan huruf k, r, a, e, i, o dan u.
3.    Menggabungkan bunyi huruf untuk membentuk suku kata KV seperti ka, ke, ki, ko, ku, ra, re, ri, ro dan ru.
4.    Menggabungkan suku kata (KV+KV) untuk membentuk perkataan.


LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
SET INDUKSI
(5 MINIT)
PENGENALAN KEPADA TOPIK.

1.    MURID MENONTON TAYANGAN VIDEO DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU SUKU KATA.
2.    GURU MENUNJUKKAN SEBUAH KOTAK AJAIB KEPADA MURID-MURID.
3.    MURID DIMINTA UNTUK DUDUK DALAM BENTUK SEMI BULATAN.
4.    GURU MENYURUH TUJUH ORANG MURID DAN SETIAP ORANG MENGAMBIL SATU KAD DARIPADA KOTAK AJAIB TERSEBUT.
5.    GURU MENYURUH SALAH SEORANG DARIPADA MURID TERSEBUT KE HADAPAN UNTUK MEMBUKA KAD TERSEBUT DAN MENUNJUKKANNYA KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.
6.    MURID-MURID MENGENALPASTI HURUF YANG DITUNJUKKAN.
7.    KEMUDIAN, GURU MEMINTA SEMUA MURID YANG MENGAMBIL KAD HURUF VOKAL UNTUK BERATUR PADA SATU BARISAN DAN MEMINTA MURID-MURID UNTUK MEMBUNYIKAN HURUF-HURUF TERSEBUT
(CTH: “A” BUNYINYA “AH”, “U” BUNYINYA “WU” DAN LAIN-LAIN).
8.    GURU MEMPERKENALKAN TAJUK PEMBELAJARAN PADA HARI TERSEBUT.
‘MURID-MURID AKAN BELAJAR DUA BUNYI HURUF YANG BARU IAITU BUNYI K DAN R. KEMUDIAN, MURID AKAN BELAJAR JUGA GABUNGAN BUNYI HURUF K DAN R DENGAN HURUF VOKAL IAITU A, E, I , O DAN U.
BAHAN BANTU MENGAJAR:
VIDEO LAGU SUKU KATA
KOTAK AJAIB
TEKNIK:
PERMAINAN
KECERDASAN PELBAGAI:
INTRAPERSONAL
INTERPERSONAL
VERBAL LINGUISTIK
NILAI:
KERJASAMA, YAKIN DIRI
STRATEGI:
BERPUSATKAN MURID
LANGKAH 1
(20 MINIT)
CARTA SUKU KATA
1.    GURU MENYURUH MURID YANG MEMEGANG HURUF KONSONAN UNTUK BERDIRI DI HADAPAN DAN SETIAP MURID YANG MEMEGANG HURUF VOKAL AKAN BERGILIR-GILIR   BERDIRI DI SEBELAH PELAJAR YANG MEMEGANG HURUF KONSONAN TERSEBUT.
2.    GURU MEMBUNYIKAN SUKU KATA TERBUKA YANG DIBENTUK ITU LALU DIIKUTI OLEH MURID.
CONTOH:
KA  KE  KI  KO  KU
3.    SETERUSNYA, GURU AKAN MENGELUARKAN CARTA DAN MEMINTA MURID TERSEBUT UNTUK MELEKATKAN KAD YANG MENGANDUNGI SUKU KATA YANG TELAH DIBENTUK PADA CARTA TERSEBUT.
4.    LANGKAH 1 DIULANGI UNTUK HURUF KONSONAN YANG SETERUSNYA.
CONTOH:
RA  RE RI  RO RU
5.    APABILA SEMUA SUKU KATA TELAH HABIS DIBENTUK, GURU AKAN MEMINTA SEMUA MURID UNTUK MEMBACAKAN SUKU KATA TERSEBUT BERSAMA-SAMA.
6.    MURID MENYALIN SUKU KATA YANG BARU DIPELAJARI KE DALAM BUKU LATIHAN MASING-MASING.
BAHAN BANTU MENGAJAR:
CARTA SUKU KATA
KEMAHIRAN BERFIKIR:


KECERDASAN PELBAGAI:
VERBAL LINGUISTIK
STRATEGI:
BERPUSATKAN MURID, BERASASKAN BAHAN
LANGKAH 2
(15 MINIT)
POWERPOINT
CARTA SUKU KATA
1.    GURU AKAN MENUNJUKKAN SLAID POWERPOINT YANG MENGANDUNGI GAMBAR KAKI DAN MEMINTA MURID UNTUK MENGENALPASTI GAMBAR TERSEBUT.
2.    KEMUDIAN, GURU MEMINTA MURID MENUNJUKKAN KAKI-KAKI MEREKA.
3.    GURU MEMINTA MURID UNTUK SAMA-SAMA MEMILIH SUKU KATA YANG DIPERLUKAN DARIPADA CARTA SUKU KATA UNTUK MENGHASILKAN PERKATAAN “KAKI”.
4.    SETELAH MURID MEMBERIKAN JAWAPAN, GURU MEMINTA SALAH SEORANG PELAJAR UNTUK MENUNJUKKAN SUKU KATA “KA” PADA SKRIN DAN GURU AKAN MENEKANNYA DIIKUTI DENGAN SUKU KATA “KI”. SEKIRANYA BETUL, PERKATAAN “KAKI” AKAN MUNCUL DI BAWAH GAMBAR KAKI PADA SLAID POWERPOINT.
5.    LANGKAH 1 DIULANGI DENGAN MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR LAIN SEPERTI KUKU, KERA, DAN KOKO. PADA MASA YANG SAMA, LANGKAH 2 DIULANGI DENGAN MEMINTA MURID DARIPADA KUMPULAN CERDAS UNTUK MEMILIH SUKU KATA, DIIKUTI MURID DARIPADA KUMPULAN   SEDERHANA, DAN AKHIRNYA KUMPULAN LEMAH DENGAN BIMBINGAN GURU. BAGI MEMBOLEHKAN PEMBELAJARAN MENJADI LEBIH AKTIF LAGI, GURU AKAN MEMBIMBING MURID UNTUK MENEKAN SENDIRI SUKU KATA PADA SKRIN TERSEBUT DENGAN MENGGUNAKAN TETIKUS.
6.    SETERUSNYA, GURU MEMINTA MURID UNTUK MEMBACA PERKATAAN-PERKATAAN YANG DIPELAJARI DENGAN MENGEJA DAN MEMBUNYIKAN SUKU KATA TERSEBUT BERSERTAKAN BANTUAN GAMBARAJAH.
BAHAN BANTU MENGAJAR:
POWERPOINT
CARTA SUKU KATA
KECERDASAN PELBAGAI:
VERBAL LINGUISTIK,
NILAI:
YAKIN DIRI
BERANI
STRATEGI:
BERASASKAN TUGASAN

LANGKAH 3
(15 MINIT)
LATIHAN PENGUKUHAN
1.    GURU MEMBERIKAN LATIHAN BERDASARKAN SLIDE POWERPOINT YANG TERBAHAGI KEPADA ARAS SENANG DAN ARAS SUSAH.
BAHAN BANTU MENGAJAR :
POWERPOINT
STRATEGI:
BERASASKAN BAHAN
PENUTUP
(5 MINIT)
PENGUKUHAN
1.    GURU MEMINTA MURID-MURID UNTUK MEMBACA BALIK SUKU KATA YANG TERDAPAT PADA CARTA SUKU KATA.
2.    GURU BERTANYA KEPADA MURID-MURID TENTANG PERKATAAN YANG TELAH DIPELAJARI PADA HARI INI.
3.    GURU MEMBERITAHU MURID-MURID BAHAWA DENGAN MENGETAHUI SUKU KATA, MEREKA BOLEH MEMBINA PELBAGAI PERKATAAN.
BAHAN BANTU MENGAJAR:
CARTA SUKU KATA